Ticker

6/recent/ticker-posts

PENDUDUK MOHON PROJEK JAMBATAN RANGGU DIPERCEPATKAN.


Seorang warga Kampung Ranggu yang tinggal di kawasan Taman Ranggu Saujana hari ini telah membuat satu hantaran memohon kepada pihak berkaitan untuk mempercepatkan projek jambatan ranggu yang telah diumumkan pada tahun lepas. 


Berdasarkan carian kami, berita berkaitan projek jambatan ini melalui laman Facebook BES TAWAUfm telah bermula pada sekitar Disember 2019 lagi. 


NAIKTARAF JAMBATAN KAYU KE KONKRIT DI DUN BALUNG BUKTI KERAJAAN NEGERI TUNAI JANJI PASTIKAN KESELESAAN RAKYAT

TAWAU; 5 DISEMBER 2019 (Khamis) - Menaiktaraf jambatan-jambatan kayu sedia ada di seluruh negeri ini termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman merupakan bukti ketelusan kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Sabah memastikan keselesaan dan kemudahan rakyat terjamin.

Demikian dinyatakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Osman Jamal selepas 25 November lepas, Jambatan Sungai Ranggu antara yang ditutup bagi kerja-kerja menaiktaraf jambatan kayu kepada jambatan konkrit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas merasmikan Program Khatan Jama'ie di Masjid Nurul Huda Kampung Rancangan Batu 22 di Tawau.

Difahamkan, kini semua penduduk yang tinggal dikawasan Ranggu dan melalui jalan terbabit menggunakan Jalan Mariano sebagai jalan alternatif sementara untuk ke destinasi masing-masing sehingga kerja membina jambatan baru selesai.

Menurut Datuk Osman, di kawasan Balung terdapat tujuh lagi jambatan kayu yang perlu dinaiktaraf dan berharap agar kerja membina kesemua jambatan konkrit itu dapat dilaksana pada tahun depan dan siap sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar pihak konsesi yang dilantik JKR turut mengambil kira jalan alternatif lain yang mampu menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna sekiranya memulakan kerja naiktaraf jambatan kayu terbabit. [SUMBER] 
Diharap pihak berwajib mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ini jambatan ini adalah antara laluan utama keluar masuk ke Kampung Ranggu dan banyak penduduk terkesan.







 

Post a Comment

0 Comments