Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI - 21 SUSPEK DIKEHENDAKI ESSCOM, DISYAKI TERBABIT JENAYAH RENTAS SEMPADAN DAN KUMPULAN CULIK

LAHAD DATU; 06 MEI 2020 (Rabu) - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) mengeluarkan senarai terkini 21 suspek dikehendaki, termasuk tiga individu baharu yang disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan termasuk kumpulan menculik untuk wang tebusan (KFR) di Pantai Timur Sabah.


Komander ESScom, DCP Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataan medianya berkata, tiga individu baharu itu adalah Ustaz Mamay Aburi iaitu ketua Jamaah Group  Zamboanga De Norte yang terlibat dalam insiden tembak-menembak dengan pihak Kastam Lahad Datu dlaam kejadian 20 Disember lepas, Ketua Kumpulan KFRG Ajang-ajang Group Basaron Arok dan ahli KFRG Apo Mike, Arab puti.

Beliau berkata, Arab Puti juga antara yang terlibat dalam insiden KFR di Tambisan, Januari tahun ini. 

18 yang tersenarai adalah Hatib Hajan Sawadjaan, Apo Mike @Majan Sahidjuan, Al Munjir Yadah, Raden Abuh, Marajam @Manajan Asiri, Sangbas @Anjang, Hamsan Pakkan @Black Cobra, Sabri Madrasul @Salip Jul, Salip Muradan Indang Susukan.

Turut tersenarai Ben Tatoh Quirino, Titing Alihasan @Iyot Panday, Jul @Jun Hasan, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw, Tampi @Bunju, Long Sahirin, Halipa Ibrahim serta Haibin Mubin @Apo Kuhambo.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kesemua suspek dikehendaki boleh menghubungi Bilik Gerakan Esscom di talian 089- 863181 atau 089-863016, WhatsApp ke 013-8803585 atau 019-2305909.

#BESTAWAUfm

Post a Comment

0 Comments