Ticker

6/recent/ticker-posts

REJIMEN 516 ASKAR WATANIAH TAWAU SEDIA 50 KATIL PERSEDIAAN HADAPI COVID-19



TAWAU: Brigadier Jeneral Pasukan Rejimen 516 Askar Wataniah untuk Pantai Timur, Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP) bersama dengan Brigade Esscom ke-13 di Cenderawasih dan Tentera Darat Bat L5 telah menyediakan 50 katil lipat tentera sebagai persediaan untuk kemungkinan kes Covid- 19 di "Pusat Kuarantin 1" di Dewan Arena Belia Tawau.

[SUMBER: DAILY ESKPRESS]

Sebagai tambahan, sehingga petang semalam, Tawau mencatatkan 25 kes positif COVID-19 manakala Lahad Datu merupakan daerah tertinggi di Sabah mencatatkan 33 kes. Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 112 kes. Namun begitu, belum ada kematian dicatatkan.

Pastikan juga kita mengikut saranan kerajaan untuk tidak keluar rumah jika tiada sebarang urusan penting kerana bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 adalah tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. Hukuman PENJARA enam (6) bulan atau DENDA RM1,000.00 akan dikenakan sekiranya orang awam atau majikan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan


Post a Comment

0 Comments