Ticker

6/recent/ticker-posts

TIADA HALANGAN PERGERAKAN ANTARA DAERAH DI SABAH - KM SABAH

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah tidak menghalang sebarang pergerakan antara daerah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbuat demikian disebabkan Sabah sudah tidak merekodkan kawasan zon merah.



"Kita tidak pernah menghalang polis daripada melakukan peraturan yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, kita meminta PDRM mengetatkan kawalan di semua kawasan yang pernah dicatatkan sebagai zon merah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Dividen dan Bantuan Khas Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) kepada peneroka, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri melalui LKTNS menyampaikan dividen serta elaun sara hidup berjumlah RM1.05 juta kepada 1,533 orang ketua isi rumah yang juga peserta projek sosio ekonomi di bawah LKTNS.

Sumbangan sama turut diberikan kepada 892 orang peneroka skim Rancangan Peneroka LKTNS di seluruh Sabah.

Selain itu, LKTNS juga menyediakan bantuan khas COVID-19 berupa makanan keperluan asas yang bernilai RM112,830 kepada semua peserta dan peneroka yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri bersetuju notis dikeluarkan PDRM berkaitan kebenaran empat individu berada di dalam satu kenderaan, Mohd Shafie berkata pihaknya tiada sebarang masalah mengenai perkara itu.

"Seperti yang diumumkan semalam kita di peringkat negeri akan melakukan persediaan sehingga 12 Mei ini dalam usaha menyuburkan ekonomi," katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Mau buat surat laporan lgi kh untuk p Lahad Datu sebab papa saya sakit

    ReplyDelete