Ticker

6/recent/ticker-posts

SOLAT BERJEMAAH, 15 ORANG DI TAHAN DI SANDAKAN

Pasukan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Sandakan telah menahan 15 orang kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan solat berjemaah di dua masjid di daerah Sandakan. 


Menurut Ketua Polis Sandakan, 11 orang ditahan di Surau Al-Munawarah Kampung Mangkalinau, Batu 3 manakala 4 orang lagi ditahan di Masjid Al-Baraqah Kampung Lupak Meluas di sini dan kesemuanya lelaki berumur 12 hingga 64 tahun. Mereka ditahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Semua individu yang dibawa ke balai polis Sandakan diambil kenyataan mereka dan mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Sandakan.

Menurut laporan, 11 suspek di Surau Munawarah Mangkalinau, Batu 3 ditahan kira-kira 6.50 petang ketika berdoa dan enggan pulang ke rumah manakala kira-kira 7.34 petang, empat lelaki sedang berkumpul untuk berdoa di Masjid Al-Baraqah Kampung Lupak Meluas Laut. Empat lelaki cuba melarikan diri apabila melihat penguatkuasa namun berjaya ditahan. 

Pasukan Penguatkuasaan Perintah KawalanPergerakan Daerah Sandakan dianggotai oleh anggota penguatkuasa Pejabat Kesihatan Sandakan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan dan kakitangan penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Sandakan.


Sama-sama lah kita patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa 2 hari ini dan berdoa wabak COVID-19 cepat berlalu pergi.