Ticker

6/recent/ticker-posts

KLUSTER BARU COVID-19 DI SABAH


Berdasarkan kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah mengenai situasi COVID-19 Negeri Sabah 13 Mei 2020, wujud satu kluster baru untuk Negeri Sabah apabila 3 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi tempatan disahkan positif COVID-19.


Aktiviti kawalan dan pencegahan giat dijalankan di institusi terbabit dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Setakat 12 Mei 2020, sejumlah 58,475 ujian telah dijalankan di Negeri Sabah. Ujian makmal yang telah dijalankan pada 12 Mei 2020 adalah sejumlah 1,546 dan terdapat lima (5) sampel positif. Dua (2) sampel positif adalah kes baru manakala tiga (3) lagi adalah sampel ulangan. 

Selain itu, terdapat perubahan kepada SOP kemasukan warga dan pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan. Ini adalah akibat daripada masalah kepatuhan kepada perintah kuarantin rumah.

Arahan kuarantin ini mula berkuatkuasa pada 13 Mei 2020. Semua individu seperti yang dimaksudkan di atas perlu dimasukkan ke Pusat Kuarantin yang telah diwartakan atau yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah dari masa ke semasa, selama 14 hari bermula dari hari ketibaan. Semua individu akan diberi Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Kuarantin (Annex 14).

Semasa berada di Pusat Kuarantin, sekiranya keputusan pengesahan didapati negatif, Pegawai Perubatan dan Kesihatan akan membuat penilaian kesihatan dan risiko. Sekiranya didapati sihat dan risiko jangkitan adalah rendah, pegawai tersebut boleh memberi kebenaran untuk melengkapkan baki tempoh kuarantin di rumah. 

Walau bagaimanapun, kebenaran untuk menjalani kuarantin di rumah adalah tertakluk kepada kesesuaian infrastruktur rumah dengan mengambil kira faktor kesesakan dan risiko jangkitan kepada penghuni yang lain terutama golongan berisiko. Selepas tamat tempoh kuarantin, Pejabat Kesihatan yang berkenaan akan mengeluarkan Borang Pelepasan Kuarantin 5 (Annex 17).


Post a Comment

0 Comments