Ticker

6/recent/ticker-posts

PASAR MALAM JALAN CHESTER BEROPERASI SEPERTI BIASA

Seperti mana yang kita ketahui, arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diwartakan sejak bulan Mac 2020 telah menyebabkan Pasar Malam Jalan Chester ditutup dan tidak dapat beroperasi. 

Pasar Malam Jalan Chester. Gambar Fail Facebook

Namun begitu, satu notis makluman telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Tawau untuk memberi maklumat kepada warga Tawau tentang pengoperasian semula Pasar Malam Jalan Chester. Notis ini juga menyertakan tentang SOP yang perlu dipatuhi oleh para peniaga dan pengunjung pasar malam tersebut.

Antara perkara yang ditekankan dalam SOP Pasar Malam Jalan Chester adalah penjarakkan antara gerai dan pelaksanaan "One Way Street". Selain itu, pengunjung hendaklah memakai pelitup muka dan mulut. Kanak-kanak dan orang tua tidak dibenarkan masuk.



Bagi kami, sekiranya anda tidak mempunyai urusan penting dan keperluan yang mendesak, tidak perlulah datang kerana hanya meningkatkan risiko jangkitan COVID-19. Bersederhanalah menyambut Hari Raya tahun ini.

Post a Comment

0 Comments