Ticker

6/recent/ticker-posts

TERMINAL BAS AWAM DIARAH TUTUP


Berdasarkan satu keyataan media yang dileuarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Selaku Pengerusi Sabah COVID-19 Comman Centre, terdapat beberapa saranan dan tindakan yang akan dilaksanakan.

Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan untuk menyekat kemasukan jemaah tabligh yang menghadiri Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia bermula hari ini sehingga 14 hari.



Oleh kerana masih banyak penduduk yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan dan bagi menangani masalah tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan Daerah masing-masing dikehendaki menutup semua operasi terminal bas awam (inter-district) diseluruh negeri Sabah bermula 21 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Kerja-kerja pembersihan dan penyahkuman di bangunan kerajaan akan dilakukan bermula 15 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020 mengikut SOP Kementerian Kesihatan dan dipantai oleh Pegawai Jabatan Kesihatan dan di Tawau, bangunan yang terlibat ialah bangunan Majlis Perbandaran Tawau. Selain itu, masjid dan surau juga akan terlibat dengan aktiviti penyahkuman dimana pihak ahli jawatankuasa masjid di setiap masjid di daerah dikehendaki untuk melakukan proses penyakuman. Walaupun tiada senarai masjid dan surau di Tawau yang terlibat dalam senarai edaran kenyataan media, namun sebagai langkah berjaga-jaga, pencegahan adalah perlu.

Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Tawau juga dikehendaki menjalankan dan merpertingkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadapt mana-mana premis yang sepatutnya tidak beroperasi didalam tempat Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu, laman Facebook 8Channel melaporkan Kesatuan Pekerja Perbankan Sabah hari ini mengesahkan seseorang yang pernah mengunjungi salah sebuah bank di Tawau terjangkit wabak penyakit COVID 19. Bank tersebut kini ditutup untuk kerja pembasmian kuman.



Sehingga hari ini (20 Mac 2020 - 8 Malam), jumlah kes COVID-19 di Tawau telah meningkat kepada 32 kes manakala Lahad Datu mencatatkan penurunan 1 kes.


Post a Comment

0 Comments