Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: TENTERA AKAN MULA DIGERAKKAN BERMULA AHAD INI UNTUK MEMBANTU POLIS



Berdasarkan sidang media sebentar tadi (20 Mac 2020 - 12 Tengahari), Menteri Kanan, merangkap Menteri Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, tentera akan mula digerakkan bermula hari Ahad. Merujuk kepada Section 5, Akta Penyakit Berjangkit, Menteri Kesihatan melantik memberi kuasa kepada mana-mana agensi kerajaan yang perlu untuk mengawal keadaan. Sebab itu polis dapat kuasa. Kami percaya Menteri Kesihatan akan beri kuasa kepada tentera, Menteri Kanan, merangkap Menteri Pertahanan.

Beliau juga menyeru supaya orang ramai untuk tetap berada di dalam rumah/tempat dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Teruskan tinggal di rumah, di kampung. Jangan pulang ke KL. Yang baru-baru ni yang dah balik, walaupun kami tak benarkan balik, takpe, teruskan tinggal di kampung - Ismail Sabri

Beliau juga memberi jaminan agar ibu bapa tidak harus bimbang mengenai anak-anak mereka yang berada d kolej/universiti.

Isu masalah makanan, kerajaan akan menanggung makanan untuk kesemua pelajar di kolej-kolej mereka. ibu bapa tak harus bimbang, makanan akan diberikan, dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. - Ismail Sabri
[Sumber: Sidang Media Melalui RTM]

Post a Comment

0 Comments