Ticker

6/recent/ticker-posts

PELAJAR INGKAR ARAHAN KUARANTIN RUMAH DI TAWAU AKAN DIKENAKAN TINDAKAN

Dua orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ingkar arahan akan di ambil tindakan kerana ingkar arahan kuarantin rumah.

Gambar Ehsan BESTawauFM


Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran memberitahu kepada pemberita RTM di pejabatnya mengenai hal itu berkata kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan berumur 20-an berkenaan kini disiasat untuk diambil tindakan selanjutnya. 

Adalah menjadi satu kesalahan dan akan diambil tindakan sekiranya individu yang diarah dikuarantin ingkar pada arahan terbabit dan pihak Pejabat Kesihatan sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kediaman mereka yang diarah dikuarantin di rumah. 

Selepas ini, sekiranya pihaknya mendapati terdapat individu yang ingkar arahan Kuarantin, individu terbabit akan diambil tindakan serta ditempatkan di Pusat Kuarantin di Tawau bagi mengelak mereka keluar ke kawasan lain.

Post a Comment

2 Comments

  1. Mohon hukuman berat jika terdapat yg terjangkit oleh keingkaran mereka.

    ReplyDelete
  2. Sudah ingkar hukum saja yg paling berat jgn tunggu ada yg terjangkit baru hukum

    ReplyDelete