Ticker

6/recent/ticker-posts

HAD MASA OPERASI DIKUATKUASAKAN

Berdasarkan satu surat terbaru daripada Pusat Arahan COVID-19 Negeri Sabah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melaksanakan LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN SEPANJANG ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILAKSANAKAN. 



Untuk itu, beberapa operas perkhidmatan dihadkan seperti berikut:

  • Pasar :  6.00 AM - 2.00 PM
  • Stesen Minyak :  6.00 AM - 2.00 PM
  • Pasaraya/Kedai Serbaneka :  6.00 AM - 6.00 PM
  • Restoran :  6.00 AM - 6.00 PM


Selain itu, semua operasi Jeti Penumpang Awam Antara Daerah (inter-district) adalah ditutup mulai 22 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 kecuali Jeti Penumpang Menumbok.

Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan setiap daerah diarahkan untuk menguatkuasakan arahan dan keputusan tersebut.

Sebagai maklumat tambahan, jumlah kes COVID-19 meningkat lagi hari ni sebanyak 17 kes menjadikan jumlah keseluruhan 136 kes (21 Mac 2020) di Sabah dan mencecah 1183 untuk seluruh Malaysia.

Ssama-sama kita memberi kerjasama untuk tidak berada di luar rumah ketika tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Perkembangan dari masa ke semasa akan kami kemaskini.

Post a Comment

0 Comments