Terminal Feri (CIQ) Tawau dibuka hari ini bagi membenarkan warga Indonesia yang terkandas di Sabah pulang. Berdasarkan laporan dari BES TAWAUfm, Seramai 134 warga Indonesia daripada 168 orang yang telah mengistiharkan diri terperangkap di negeri iniesemua mereka yang dihantar pulang menggunakan 2 buah feri dari Nunukan iaitu Purnama dan Princess dilaksanakan selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.
Proses penghantaran pulang warga Indonesia ini mendapat kerjasama dan batuan Pejabat Konsulat Repubilk Indonesia di Tawau.
Konsul Republik Indonesia di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo berkata, proses pemulangan warganegara Indonesia itu berjalan lancar mengikut Standar Operasional Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Terdapat juga warga Indonesia yang memilih untuk tetap tinggal di Negeri ini dan menetap di rumah keluarga masing-masing dan jika ada permohonan warganya balik ke Indonesia dalam masa terdekat, pihaknya akan meminta kebenaran kerajaan negeri terlebih dahulu samaada dibenarkan atau tidak.
102-orang akan dihantar pulang ke Sulewesi, 24 orang ke Kalimantan Utara dan 8 orang ke Kalimantan Timur.
Sulistijo berkata, untuk mereka yang pulang ke Sulewesi akan disaring kesihatan di Nunukan sebelum menaiki kapal menuju Sulewesi dan dikuarantin 14 hari, manakala ke Kalimantan Utara dan Timur akan di Kuarantin di Nunukan selama 14 hari sebelum balik ke pangkuan keluarga masing-masing.
Sumber foto: BES TAWAUfm
0 Comments