Ticker

6/recent/ticker-posts

PUSATI KUARANTIN IPG BALUNG TAWAU TIDAK KONDUSIF?



Beberapa hari ini, tular hantaran Facebook seorang pelajar yang di kuarantin di IPG Balung tentang keadaan asrama IPG tersebut dikatakan tidak sesuai dan kotor. 



Hantaran itu yang telah dipadam mengatakan keadaan tempat kuarantin sememangnya kotor semasa ketibaan pelajar. Walaupun hantaran tersebut telah dipadam, kami sempat mendapatkan tangkap layar status tersebut. Berikut adalah luahan pelajar terbabit.



Selain itu, menerusi laporan Utusan Borneo Online, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menggesa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil perhatian terhadap masalah pusat-pusat kuarantin  di negeri Sabah yang kurang memuaskan. 

Katanya, pusat kuarantin diwujudkan bertujuan mengasingkan individu berisiko dijangkiti COVID-19 atau menjangkiti individu  lain dalam usaha membendung penularan wabak itu termasuklah di Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung, Tawau.

Hari ini, seorang lagi pelajar yang dikuaratin di IPG Balung telah memuat naik status. Namun begitu, status tersebut agak berbeza dan pelajar terbabit mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan kawasan bilik asrama yang didiaminya. Pelajar terbabit juga menggunting sarung untuk dijadikan cadar kerana tiada cadar disediakan. 


Hantaran terbabit setakat ini telah mendapat 267 komen dengan 469 jumlah perkongsian. Rata-rata memuji inisiatif pelajar terbabit membersihkan kawasan bilik dan bukannya mengadu dan menularkan yang mana akan membuatkan keadaan bertambah keruh lagi.

Seorang pengguna Facebook yang lain juga berkongsi sebab terjadinya isu yang dibangkitkan.


Dikatakan selepas batch 1 keluar, petugas pembersihan menunggu arahan daripada MKN. 

Terdapat satu lagi perkongsian dimana seorang warga Rusia yang di kuarantin di IPG Balung telah membantu pihak pengurusan pusat kuarantin membersihkan kawasan sekitar.


Kami harap perkara ini diselesaikan cara baik. Sekarang bukan masanya menunding jari menyalahkan sesiapa. Semoga ada penyelesaian terbaik dari semua pihak yang terbabit. 

Post a Comment

0 Comments