Ticker

6/recent/ticker-posts

CECAIR VAPE PERISA GANJA DAN KETAMIN DIRAMPAS

Bukit Aman,  5 Mei 2020 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik , CP Dato’ Ramli Bin Haji Din telah mengadakan sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman.


Dalam sidang media ini , Pengarah JSJN telah menyuarakan kebimbangan mengenai penjualan cecair disyaki dadah di dalam laman sesawang E-Dagang. Terbaru hasil pemantauan JSJN berdasarkan aduan orang awam yang diterima ditalian HOTLINE JSJN mengenai aktiviti penjualan cecair disyaki dadah di beberapa laman sesawang E-Dagang telah membuahkan kejayaan menumpaskan aktiviti pengedaran dadah online tempatan.

Ekoran daripada itu, pihak polis khususnya JSJN telah melancarkan operasi yang dikenali sebagai Ops Slayer bagi menumpaskan kegiatan ini. Pengedar ini telah menggunakan laman sesawang E-Dagang untuk mempromosikan produk yang disyaki mengandungi dadah.

Tindakan mengedar dan memiliki cecair yang disyaki dadah ini menyalahi undang-undang dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Jadual Pertama bahagian III). Manakala untuk laman sesawang yang menawarkan platform E-Dagang tersebut boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Dalam operasi ini telah berjaya menangkap 17 orang berumur diantara 20-56 tahun. Saringan awal air kencing didapati (2) orang positif dadah jenis ganja (THC). Rampasan dadah 195 botol (2,350 ml) disyaki dadah cecair (Minyak) ganja, 20 botol (200 ml) cecair disyaki dadah ketamin, 3.25 gram disyaki dadah jenis ganja dan 0,8 gram disyaki dadah jenis syabu. Nilai keseluruhan rampasan dadah RM 58,400.

Turut hadir bersama Timbalan-timbalan Pengarah Narkotik, Ketua Penolong Pengarah Narkotik, Penolong Pengarah Narkotik dan pegawai kanan JSJN.