Ticker

6/recent/ticker-posts

24 DOKTOR INDONESIA MAUT MANAKALA USA CATATKAN 10 RIBU KEMATIAN AKIBAT COVID 19

Indonesia mencatatkan kematian tertinggi kes berkaitan COVID-19 iaitu sebanyak 209 kes dan 24 daripada mangsa adalah doktor. Ini menjadikan Indonesia negara tertinggi kes kematian di ASia selain daripada China.



Punca kematian adalah disebabkan kekurangan pakaian keselamatan diri (PPE) sehingga ada doktor terpaksa menggunakan baju hujan atau membawa topeng muka sendiri bagi melindungi diri daripada coronavirus. 

Oleh itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo, memberitahu mesyuarat Kabinet hari bahawa pakaian keselamatan diri (PPE) sudah diedarkan ke seluruh Indonesia dan meminta pegawai serantau memantau penghantarannya ke hospital. 

Agensi perisikan Indonesia juga mendedahkan minggu lalu bahawa pandemik coronavirus dijangka memuncak dalam tempoh tiga bulan seterusnya dan melepasi 100,000 kes menjelang Julai ini.[Sumber]

Di USA pula, kematian akibat COVID-19 kini mencecah 10 ribu orang. Menambah teruk keadaan apabila  di bilik mayat hospital di New Orleans telah ketiadaan ruang untuk menempatkan mangsa-mangsa yang meninggal dunia. 

Selain itu, hospital di beberapa negeri di AS mengeluarkan amaran kecemasan bekalan-bekalan perubatan akan mencapai tahap kritikal dalam tempoh tiga hingga enam hari sahaja lagi.

Data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University menunjukkan virus itu telah menjangkiti lebih daripada 367,000 orang di AS. [Sumber]

Sama-sama kita berdoa agar negara kita dijauhkan dari malapetaka COVID-19. Patuhilah arahan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ianya dapat menentukan samaada kita dapat mengawal penyebaran dan memutuskan rantaian COVID-19 atau kita akan mengikut jejak Indonesia dan USA.