Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Kedutaan Malaysia akan membawa pulang seramai 123 rakyat Malaysia yang terkandas di Nunukan, Kalimantan Utara pada hari ini.
Menurut Pembantu Menteri Kewangan merangkap penyelaras usaha Kerajaan Negeri terbabit, Sarifuddin Hata berkata jumlah itu berdasarkan jumlah mereka yang sudah mendaftar dan status rakyat Malaysia yang belum berdaftar pula dimasukkan ke senarai menunggu kerana keutamaan diberikan kepada mereka yang tampil mendaftar
Kesemua mereka yang dibawa pulang itu juga akan terus dihantar ke pusat kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau di Balung untuk menjalani kuarantin 14 hari.
Mari kita sama-sama berdoa semoga mereka selamat sampai dan bebas daripada wabak COVID-19.
Mari kita sama-sama berdoa semoga mereka selamat sampai dan bebas daripada wabak COVID-19.
[Sumber]