Tahun lepas, terdapat satu tangkapan Jabatan Hidupan Liar Sabah melibatkan 220 ekor buaya. Menurut laporan Harian Metro Online, tangkapan itu dibuat di kawasan hutan bakau di Kampung Pasir Putih Tawau. Laporan itu juga menyebut Jabatan Hidupan Liar Sabah bersama anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menemui dan merampas 215 buaya hidup dan lima buaya mati dalam operasi di kawasan bakau di Kampung Pasir Putih, Tawau.
Reptilia terbabit dipercayai baru tiba dari negara jiran dan dibawa masuk secara tidak sah menggunakan bot oleh empat suspek, masing-masing dua warga tempatan dan Indonesia. Bernama juga memetik kemungkinan terdapatnya sindiket penyeludupan buaya yang menyeludup reptilia itu masuk ke negeri dan daerah ini.
Rupa-rupanya, harga seekor buaya memang lumayan. Petikan laporan surat khabar ini menyatakan harga untuk seekor buaya sekitar RM 60,000. Sekiranya 220 buaya itu terlepas masuk dan berjaya di jual, nilainya lebih kurang RM 13 juta. Sekali kerja sudah boleh rehat seumur hidup.
sumber gambar: Jawatan Kosong Kerajaan
0 Comments