Ticker

6/recent/ticker-posts

BAKSO SELUAR DALAM

Kisah ini bukan berlaku di Tawau, tapi di sebuah daerah di Indonesia. Berdasarkan tweet dari @gulasekilo, cerita ini berdasarkan perkongsian seorang anonymous di laman quora.


Menurut cerita, ianya berdasarkan pengalaman seorang yang bekerja di warung menjual bakso dan mee ayam di Jawa Timur. Dikatakan di warung tersebut, pekerja tidak dibenarkan membuka tempat kuah bakso dimasak dan tugas menuang kuah bakso hanya boleh dilakukan oleh samaada si suami atau isteri pemilik warung.

Pekerja yang berkongsi cerita ini mengatakan setiap hari, sekurang-kurang nya 400 mangkuk bakso dan mee ayam laku setiap hari. Pada suatu hari, si isteri perlu menjawab panggilan penting dan kebelakang warung manakala si suami tidak ada di warung dan kemungkinan berada didalam tandas. Pelanggan yang ramai dan sudah menunggu agak lama membuatkan si pekerja mengambil keputusan membuka tempat kuah bakso kerana ingin menuang kuah bakso.

Pekerja terbabit meniru cara si majikan iaitu dengan menggaulkan kuah sehingga ke bawah tempat kuah bakso sebelum di cedok ke mangkuk bakso. Disini lah dia ternampak seluar dalam berwarna hitam apabila mencedok keluar kuah bakso dari tempatnya.

Di akhir cerita, si pekerja merasa serba salah kerana bersubahat. Pekerja terbabit juga mengaku ingin berhenti namun tidak mampu kerana kesukaran mencari kerja.

Bila cerita pasal bakso ni, dari dulu kami dengar kisah bakso seluar dalam. Syukur Alhamdulillah di Tawau belum ada kes begini di laporkan. Harapnya kita dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini.

Post a Comment

0 Comments