Ticker

6/recent/ticker-posts

DUA KANAK-KANAK DARI SANDAKAN DAN KINABATANGAN MANGSA TERBARU POLIO

Hari ini, Public Health Malaysia melalui akaun rasmi Facebook mereka mengesahkan bahawa 2 lagi kanak-kanak di Sabah telah di jangkiti virus polio.


Untuk pengetahuan semua, negara kita telah disahkan bebas dari penyakit polio 27 tahun lepas namun pada december 2019, seorang kanak-kanak berusia 3 bulan dari daerah Tuaran telah di jangkiti dengan virus polio yang laporkan berasal daripada Filipina. Punca utama jangkitan adalah disebabkan kanak-kanak terbabit tidak divaksin kan.

Pada hari ini (10 Januari 2020), Berita Harian Online mengesahkan 2 lagi kes POLIO melibatkan kanak-kanak yang tidak di vaksin. Menurut laporan, Dua kanak-kanak bukan warganegara itu masing-masing menetap di Sandakan dan Kinabatangan disahkan positif virus itu berdasarkan ujian Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia, semalam.

Kes terbaharu itu menjadikan tiga kes polio dilaporkan di negeri ini dengan ujian turut mendapati virus yang menjangkiti ketiga-tiga kes mempunyai kaitan genetik dengan kes polio di Filipina.

Untuk makluman, mangsa terbaru adalah kanak-kanak berusia 8 dan 11 tahun dan kedua-dua mangsa tidak pernah mendapatkan imunisasi (vaksin) sejak lahir.

Walaupun bukan berlaku di daerah Tawau, tapi Sandakan dan Kinabatangan sudah hampir dengan Tawau. Sebagai ibu bapa, ambil langkah berjaga-jaga dan vaksin kan anak anda. Tidak mustahil kes-kes seterusnya berlaku di Kawasan Pantai Timur Sabah (Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu). Mencegah lebih baik dari mengubati. 

Post a Comment

0 Comments