Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelancong China Di Penjara 18 Hari

INFO BES TAWAUfm

EMPAT PELANCONG CHINA BOLOSI NEGARA, IMIGRESEN SABAH (JIM) GESA SYARIKAT PENERBANGAN, AGENSI PELANCONGAN BERI PERINGATAN PADA PELAWAT CHINA PATUHI PERATURAN MEMASUKI NEGARA

TAWAU; 29 DISEMBER 2019 (Ahad) - Jabatan Imigresen Sabah menggesa syarikat penerbangan, agensi pelancongan dan pihak kedutaan Negara China terus aktif memberi peringatan kepada pelawat-pelawat dari negara berkenaan agar mematuhi peraturan memasuki negara ini secara sah.

Pengarahnya, Datuk DR Muhamad Sade Mohamad Amin dalam kenyataan berkata, ia susulan penahanan empat wanita warganegara Republik China (PRC) yang dipercayai telah memasuki negeri ini menggunakan Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia dari Shanghai, China ke Kota Kinabalu pada 4 Disember lepas pukul 6.15 pagi dan seterusnya ke Tawau.

Katanya, kesemua mereka gagal melaporkan diri di mana-mana kaunter Imigresen khususnya kaunter transit yang disediakan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk mendapatkan ‘Cop Masuk Imigresen’
(Immigration Endorsment) ke negeri ini secara sah.

Datuk DR Muhamad Sade berkata, mereka ditahan pada 10 Disember semasa pemeriksaan dokumen pasport untuk menaiki penerbangan balik ke Shanghai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau.

Menurutnya, Kes tersebut telah dituduh dibawah kesalahan Seksyen 24(2), Akta Imigresen 1959/63 kerana enggan atau abai hadir di hadapan pegawai imigresen sebagaimana dikehendaki oleh peraturan imigresen negara ini.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Tawau dalam perbicaraan pada kelmarin menjatuhkan hukuman kepada keempat-empat wanita berkenaan penjara selama 18 hari dari tarikh tangkap setelah kesemua mereka mengaku bersalah.

Sehubungan itu, Datuk DR Muhamad Sade berkata, Jabatan Imigresen Sabah bersama Malaysia Airport Berhad (MAHB) dan Lembaga Pelancongan Sabah telah mengambil langkah proaktif dengan meletakkan peringatan dalam Bahasa Cina di pelbagai sudut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disamping membuat pengumuman siaraya dalam Bahasa Cina bagi mencegah pembolosan sedemikian berlaku.

Sumber: FB Info Berita TawauFM

Post a Comment

0 Comments