Ticker

6/recent/ticker-posts

DUA PEMILIK SYARIKAT SABAH DITAHAN KERANA MENGEMUKAKAN DOKUMEN PALSU

 


TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua pemilik syarikat kerana didakwa menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan projek penyelenggaraan bernilai lebih RM1.1 juta.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang, ketika datang ke SPRM cawangan Tawau hari ini.

“Suspek didakwa menggunakan dokumen palsu pada 2020 untuk mendapatkan projek penyelenggaraan di bawah pakej rangsangan ekonomi 2020,” kata sumber.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Tawau pada 9 Ogos ini.

SUMBER: NST ONLINE


Post a Comment

0 Comments