Ticker

6/recent/ticker-posts

ENAM RUMAH DI TAWAU MUSNAH DALAM KEBAKARAN AWAL PAGI

 


TAWAU: Enam sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran pada awal pagi Khamis (27 Julai) memusnahkan kediaman mereka di Tawau.

Kebakaran berlaku di sebuah rumah ketika penduduk yang berjumlah kira-kira 30 orang sedang tidur.

Mereka dikejutkan dengan laungan api dan berjaya menyelamatkan diri sebelum api yang marak dengan cepat menyambar kediaman mereka berhampiran Taman Damai, Jalan Damai kira-kira jam 2.20 pagi.

Mereka tidak dapat menyelamatkan mana-mana harta benda dan dokumen mereka, kata anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Setakat ini kebakaran hanya melibatkan kehilangan harta benda,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah enam rumah separuh kekal musnah.

Beliau berkata panggilan kecemasan masuk pada 2.34 pagi dan 19 anggota bomba dalam empat jentera telah dikerahkan.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, mereka mendapati rumah-rumah tersebut telah pun musnah.

Jemishin berkata, pasukannya segera memulakan operasi bagi mengelak api merebak ke kawasan lain.

Mereka dibantu polis, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn Bhd.

Operasi tamat pada 4 pagi, tambahnya.


Post a Comment

0 Comments