Ticker

6/recent/ticker-posts

PENEMUAN MAYAT MANGSA OLEH BOT RONDA PPM

 


TAWAU, 16 JULAI 2023 – Bot Ronda PPM Tawau bersama Agensi - agensi kerajaan seperti TLDM,BOMBA, dan APM telah membuat operasi SAR di sekitar Laut Batu Payung Tawau. Berdasarkan maklumat yang diperolehi terdapat orang jatuh daripada perahu disekitar laut Batu Payung Tawau.


Operasi SAR telah diaktifkan pada 16 Julai pukul 5.15 petang, bagi tujuan mencari mangsa yang jatuh daripada perahu di sekitar laut Batu Payung Tawau. Pada 17 Julai 3.19 petang Bot Ronda PSC 50 lapor telah menjumpai mangsa, dan kemudianya meminta bantuan daripada bot-bot kecil kerana kawasan yang cetek. Mangsa telah dihantar ke Unit Forensik PDRM. OperasI SAR telah ditamatkan pada 17 Julai pukul 4.45 petang.

Post a Comment

0 Comments