Ticker

6/recent/ticker-posts

LADOUM – KAMBING BIRI-BIRI TERCANTIK DAN MAHAL DARI SENEGAL

 


Kambing biri-biri biasanya diternak untuk bulu dan dagingnya. Tetapi di Senegal, haiwan ini dijadikan sebagai haiwan peliharaan yang mahal dan juga bersaing dalam pertandingan ratu cantik.

Jurugambar Sylvain Cherkaoui mula-mula mengetahui tentang haiwan ini, yang dikenali sebagai biri-biri Ladoum, semasa berada di rumahnya di Dakar ketika  awal pandemik COVID-19.

Biri-biri Ladoum berasal sekitar tahun 1970-an sebagai kacukan antara baka Mauritania dan Malian. Terkenal dengan kecantikannya, perawakan tinggi, muncung menonjol dan tanduk melengkung, berat kambing biri-biri ini boleh mencecah 180 kg dan mencapai ketinggian 4 kaki. Kambing biri-biri jenis ini, yang diternak oleh sebilangan penternak terpilih, mendapat permintaan tinggi: Orang Senegal yang kaya membayar RM43 ribu dan atau lebih tinggi untuk seekor haiwan, dengan rekod meningkat sehingga RM355 000, kata Cherkaoui.

Harga boleh berbeza-beza mengikut saiz dan berat biri-biri, bentuk dan simetri tanduk, lengkung muncung, dan saiz dan simetri buah zakar Kambing jantan kebiasaannya lebih berharga daripada kambing betina.







Ramai daripada pemilik ini memasukkan haiwan mereka ke dalam pertandingan ratu cantik biri-biri, disiarkan setiap tahun di televisyen Senegal. Pemenang mendapat hadiah makanan dan wang tunai—dan biri-biri mereka menjadi lebih berharga, sekiranya mereka memilih untuk menjualnya.

SUMBER: NATIONAL GEOGRAPHIC

Post a Comment

0 Comments