Ticker

6/recent/ticker-posts

WANITA DI TAHAN KERANA CUBA MERASUAH PEGAWAI PGA


KOTA KINABALU: Seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana cuba merasuah pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA).

Wanita warga Malaysia berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 5.40 petang di pejabat SPRM cawangan Tawau.

Menurut sumber, dia didakwa menawarkan RM800 kepada pegawai PGA yang bertugas di Pulau Mataking, Semporna, sebagai dorongan bahawa tindakan tidak akan diambil terhadapnya kerana cuba menyeludup barang kawalan ke negara jiran.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanannya dan dibebaskan dengan jaminan RM2,000. - Bernama

SUMBER: THESUNDAILY

Post a Comment

0 Comments