Ticker

6/recent/ticker-posts

DUA KILANG AIS DAN KEDAI MAKAN KOTOR DI ARAH TUTUP


TAWAU: Dua kilang ais di Jalan Sin Onn dan Jalan Apas, serta dua restoran, diarah tutup selepas didapati kotor dan disifatkan berbahaya kepada kesihatan awam.

Arahan itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit semasa operasi penguatkuasaan pada hari Rabu oleh pasukan dari Pejabat Kesihatan Tawau dan polis.

Pegawai Kesihatan Tawau Dr Shameer Khan Sulaiman yang mengetuai operasi itu berkata, premis terbabit diberi tempoh 14 hari untuk melakukan penambahbaikan.

“Pemeriksaan semula akan dilakukan sebelum mereka dibenarkan beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa dua kilang ais dan 15 premis makanan di kawasan Muhibbah Bal, Jalan Taman Univilla dan Jalan Utara.

“Lapan saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32b Akta Makanan semasa operasi itu,” katanya sambil menambah pasukan itu turut memberi pendidikan kesihatan kepada semua premis yang diperiksa.

“Kita juga memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk sentiasa mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai selamat,” katanya.

SUMBER: DAILY EXPRESS

Post a Comment

0 Comments