Ticker

6/recent/ticker-posts

PERANTISISWA : 600-RIBU PELAJAR DI SELURUH NEGARA BAKAL MENERIMA MANFAAT

 Program PerantiSiswa diperluas kepada 4 kategori lagi


KUALA LUMPUR : Kerajaan memperluas Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima dengan permohonnya boleh dibuat mulai hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perluasan baru itu membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Selain itu, katanya ia turut diperluaskan kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.

"Jawatankuasa perolehan juga sudah memilih jenama Samsung sebagai yang sudah memenangi tawaran tender terbuka membabitkan lima pembekal dan lima zon berbeza, iaitu Sabah dan Sarawak di zon pertama serta zon utara, tengah, timur dan selatan," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, dalam permohonan fasa pertama yang sudah dibuka, terdapat 40 peratus daripada pemohon didapati tidak layak pada tapisan awal.

"Bagi memastikan tidak ada yang tercicir, proses rayuan akan mula dibenarkan pada mereka yang didapati permohonan tidak melepasi syarat permohonan secara dalam talian. Bagi membolehkan kes rayuan dibuat dengan cara lebih teratur, kementerian mengambil keputusan untuk membabitkan pimpinan persatuan mahasiswa di universiti untuk membuat pengesahan.

"Sementara kes rayuan pelajar sekolah akan membabitkan pemimpin tempatan termasuk Ahli Parlimen," katanya.

Beliau berkata, satu jadual untuk mengedarkan permohonan yang berjaya sedang disiapkan dan ia akan bermula pada akhir bulan ini.

"Secara prinsipnya program ini memberi kemudahan penggunaan peranti selama mana mereka masih lagi belajar di institusi-institusi berkenaan," katanya.

Permohonan secara dalam talian bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia sudah dibuka bermula 15 April hingga 15 Mei lalu bagi fasa pertama dan ia menerima kira-kira 100,000 permohonan dan ia sedang ditapis oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai kementerian pelaksana.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2022 tahun lalu mengumumkan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang RM65 juta bagi menjayakan program ini.

Seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments