Ticker

6/recent/ticker-posts

PERANTISISWA – DAPATKAN PERANTI DIGITAL PERCUMA MELALUI INISIATIF KERAJAAN

 


PerantiSiswa ialah Inisiatif Kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti. Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

Berdasarkan laporan, setiap pelajar yang layak akan menerima sebuah tablet Samsung Galaxy A8 LTE yang hadir dengan skrin bersaiz 10.5-inci, dilengkapi memori 4GB RAM. Pemberian PerantiSiswa juga telah ditetapkan sebelum ini untuk diberikan bersama papan kekunci dan juga stylus, yang kemungkinannya akan menggunakan penawaran pihak ketiga.


Kerajaan akan mula mengedarkan tablet dibawah PerantiSiswa ini secara berperingkat bermula bulan Ogos ini. Setiap tablet yang diberikan juga akan disertakan bersama jaminan selama dua tahun daripada pihak pembekal.

Pengguna boleh menyemak kelayakan melalui pautan ini dan boleh memohon insiatif PERANTISISWA Keluarga Malaysia melalui pautan berikut:

SEMAKAN KELAYAKAN PERANTISISWA

PERANTISISWA

Post a Comment

0 Comments