Ticker

6/recent/ticker-posts

JADUAL BERBUKA PUASA 2022 KAWASAN TAWAU

Bulan ramadan untuk tahun 2022 dijangka jatuh pada 3 April 2022. Umat islam di seluruh dunia dan di Tawau khasnya akan mula berpuasa. Sebagai seorang muslim, ibadah puasa adalah wajib. Terdapat beberapa syarat sah untuk berpuasa antaranya:

  • Islam - Tidak wajib berpuasa bagi orang kafir yang asal dan tidak perlu qada untuk tahun-tahun sebelumnya setelah dia memeluk Islam.
  • Berakal - Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang gila, jika gila itu terjadi bukan disebabkan oleh perkara haram.
  • Baligh - Tidak diwajibkan berpuasa ke atas orang yang belum baligh.
  • Berkemampuan - Tidak wajib berpuasa bagi orang yang tidak mampu sama ada tidak mampu pada zahir seperti menghadapi kesukaran atau sakit berat yang mengharuskan tayamum. Selain itu, Tidak mampu pada syarak kerana haid atau nifas. Jika seorang perempuan berhenti haid/nifas pada siang hari Ramadhan, disunatkan imsak baginya.

Berikut adalah niat untuk berpuasa:

Niat Puasa Sebulan - Niat ini dilakukan sekali sahaja, pada malam pertama Ramadan. 

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Niat dalam Melayu:

Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala


Niat Puasa Harian - Untuk ini, kita perlu berniat setiap malam.

Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala  

Maksudnya:

Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”


Sebagai tambahan, boleh download infografik untuk niat berpuasa sebulan dan harian, jadual berbuka puasa kawasan tawau serta doa ketika berbuka puasa untuk disimpan didalam galeri telefon bimbit anda sebagai rujukan.


Sila klik gambar untuk paparan penuh dan lebih jelas.


Post a Comment

0 Comments