Ticker

6/recent/ticker-posts

TAWAU CATAT 14 KEMATIAN BERKAITAN COVID-19 - 8 SEPTEMBER 2021


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,067 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 165,439 kes.


Sebanyak 54 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 21 kes di Sandakan, 14 kes di Tawau, enam (6) kes di Lahad Datu, tiga (3) kes di Kota Kinabalu, dua (2) kes di Keningau dan Papar manakala Semporna, Sipitang, Ranau, Kinabatangan, Penampang dan Kunak masing-masing mencatatkan satu (1) kes. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.


Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 5,668 menjadikan jumlah kumulatif 138,076 orang. Seramai 4,983 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,720 orang di hospital, 3,191 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 72 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan (9) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 195 orang merangkumi 126 di ICU/repurposed kritikal care serta 69 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 89 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


Kedudukan Kes Positif COVID-19


a. Jumlah kes positif COVID-19 Sabah mencatatkan penurunan sebanyak (-40) kes namun masih lagi dalam julat melepasi angka (2,000) kes iaitu sebanyak (2,067) kes pada hari ini.


b. Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan (+65) kes setelah mencatatkan penurunan semalam, tetapi kes di kawasan perbandaran lain seperti Sandakan, Penampang dan Keningau mencatatkan penurunan kecuali Tuaran dan Kudat. Daerah lain juga mencatat penurunan kes kecuali Kota Belud (+32) kes, Kinabatangan (+20) kes, Tongod (+57) kes, Pitas (+15) kes, Beluran (+6) kes, Kunak (+3) kes, Semporna (+1) kes dan Kuala Penyu (+4) kes.


c. Daripada (2,067) kes hari ini, 34.93% atau (722) kes adalah lewat daftar antara 2 hingga 3 hari selepas tarikh keluar keputusan, 4.55% atau (94) kes adalah lewat daftar antara 4 hingga 5 hari dan 5.85% atau (121) kes adalah lewat daftar melebihi 5 hari.


d. Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan (1,086) kes atau 52.40% daripada (2,067) kes hari ini, (646) kes atau 31.3% daripada Saringan Bergejala iaitu peratusan yang rendah berbanding semalam dan (152) kes atau 7.5% daripada Saringan Kluster.


e. Di Kota Kinabalu, 31.7% daripada kes daerah tersebut hari ini berpunca daripada Saringan Bergejala, Sandakan 22.9%, Tawau 56.1% dan Penampang 46.2%.


f. Daripada (2,067) kes yang dicatat hari ini, (642) kes atau 31.06% adalah dalam Kategori 1, (1,355) kes atau 65.55% dalam Kategori 2, sembilan (9) kes dalam Kategori 3, enam (6) kes dalam Kategori 4 dan empat (4) dalam kategori 5.


g. Setakat 06 September 2021 berdasarkan statistik CITF Negeri Sabah (dengan mengambilkira jumlah penduduk dewasa layak divaksin seramai 2,758,400 orang), seramai 1,312,824 atau 47.59% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi vaksin lengkap dan 1,791,183 atau 64.94% telah memperoleh satu dos.


h. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (1,086) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.


Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Jumlah kapasiti katil 7,456 unit

  • Hospital 1,856 unit.
  • Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 4,928 unit.
  • Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 672 unit.


Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 66.83%.


Post a Comment

0 Comments