Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMANDU DAN PEMBANTU KENDERAAN AWAM DIKEHENDAKI MELENGKAPKAN 2 DOS VAKSIN BERKUATKUASA 16 SEPTEMBER


Berdasarkan kenyataan media harian YB KKTP 6 SEPTEMBER 2021, semua pemandu dan pembantu/petugas kenderaan awam seperti bas henti-henti dan bas sekolah, teksi serta e-hailing hendaklah telah lengap divaksin. Syarat tambahan ini akan mulai dikuatkuasakan secara ketat mulai 16 September 2021.


Ini adalah syarat tambahan baharu kepada syarat-syarat sedia ada dalam SOP yang sedang berkuatkuasa, antaranya ialah pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan tersebut serta pemakaian pelitup muka.


Adalah juga diingatkan kembali bahawa semua perkhidmatan bas henti henti dihadkan ke kapasiti 50% sahaja, manakala untuk teksi/e-hailing pula dihadkan maksimum hanya dua (2) orang termasuk pemandu.

Post a Comment

0 Comments