Ticker

6/recent/ticker-posts

LENGKAP 2 DOS VAKSIN - RENTAS NEGERI DAN DAERAH DIBENARKAN

Perdana Menteri telah umum kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap - kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula 10 Ogos 2021.


Berikut antara perkara penting untuk kefahaman bersama :


MAKSUD VAKSINASI LENGKAP :


  1. Vaksin jenis dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) : Telah MELEPASI HARI KE-14 dari tarikh suntikan dos kedua.


  1. Vaksin jenis satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) : Telah MELEPASI HARI KE-28 dari tarikh suntikan.


KEMUDAHAN KUARANTIN DAN PERJALANAN 


Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap DI SELURUH NEGARA (terpakai ke atas semua fasa PPN).


  1. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah divaksin lengkap, DIBENARKAN jalani kuarantin wajib di rumah.


  1. Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN rentas daerah/negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.


  1. Ibu bapa yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN rentas daerah/negeri untuk berjumpa anak berumur bawah 18 tahun.


KEMUDAHAN KEAGAMAAN


Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap DI NEGERI FASA 1 DAN FASA 2


  1. Aktiviti solat di masjid dan surau bagi individu (umat Islam) yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri


  1. Aktivti sembahyang di Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) bagi individu (penganut selain Islam) yang telah divaksin lengkap DIBENARKAN tertakluk kepada ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN)


KEMUDAHAN SEKTOR SOSIAL


Kemudahan ini untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di NEGERI-NEGERI DALAM FASA 2 DAN SETERUSNYA


  1. Rentas daerah DIBENARKAN.

 

  1. Aktiviti dine-in DIBENARKAN.

 

  1. Sukan dan riadah outdoor tanpa sentuhan dan aktiviti berkumpulan DIBENARKAN.


  1. Aktiviti pelancongan dalam negeri sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.


MENTERI DALAM NEGERI diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk pastikan setiap Kementerian/Agensi berkaitan melakukan pemantaun rapi terhadap pelaksanaan kemudahan-kemudahan tersebut.








Post a Comment

0 Comments