Ticker

6/recent/ticker-posts

KESEMUA 27 DAERAH DI SABAH BERADA DI ZON MERAH


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,383 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 96,465 kes. Sebanyak 12 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima (5) kes di Tawau, tiga (3) kes di Sandakan dan masing-masing satu (1) kes di

Keningau, Telupid, Kota Kinabalu dan Tenom. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.


Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 919 menjadikan jumlah kumulatif 83,490 orang. Seramai 4,542 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,083 orang di hospital, 3,405 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 50 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala empat (4) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 142 orang dan 72 orang lagi

memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


Pecahan daerah mengikut zon:

Zon Merah 27 daerah


Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah


Post a Comment

0 Comments