Ticker

6/recent/ticker-posts

SABAH CATAT 1062 KES BARU - TAWAU 137 KES


Berikut perincian kes untuk daerah di Sabah: 


Kota Kinabalu 239

Tawau 137

Tuaran 114

Penampang 106

Tongod 65

Sandakan 62

Keningau 39

Sipitang 28

Papar 25

Kota Belud 25

Putatan 24

Kinabatangan 22

Beaufort 22

Telupid  20

Kudat 20

Kunak 19

Ranau 19

Kalabakan 17

Beluran 14

Lahad Datu 12

Tenom 9

Semporna 8

Pitas 5

Kuala Penyu  4

Kota Marudu 3

Nabawan 2

Tambunan 2


Kota Kinabalu terus mencatat kes tertinggi dengan 239 kes baharu, diikuti dengan Tawau 137, Tuaran 114, Penampang 106, Tongod 65, Sandakan 62, Keningau 39, Sipitang 28, Papar 25, Kota Belud 25, Putatan 24, Kinabatangan 22, Beaufort 22, Telupid & Kudat masing2 20, Kunak 19 & Ranau 19.


Analisa data menunjukan peratusan kes bergejala atau apa yg dipanggil kes-kes sporadik semakin naik, hari ini hampir 24% (251). Kes-kes sporadik yang agak tinggi berlaku kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Penampang, Tuaran & Sandakan. Di Kota Kinabalu, 83 kes dpd 239 adalah dalam kategori bergejala / sporadik, Tawau 37 dpd 137, Penampang 27 dpd 106, Sandakan 19 kes dpd 62 & Tuaran 27 dpd 114. 


Kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kpd kes harian iaitu 569 atau hampir 54%, kes daripada kluster-kluster 123 atau 12% & saringan bersasar di lokaliti2 PKPD mendaftar 65 kes baharu atau 6% dpd jumlah keseluruhan. 


Sejumlah 967 orang atau 91% dpd 1062 kes baharu adalah dalam Kategori 1 (tidak ada simptom) & Kategori 2 (simptom ringan / mild symptoms). 


Dengan mengambil kira kes-kes baharu yg semakin meningkat & peratusan kes-kes sporadik yg bertambah, adalah amat perlu bagi kita meningkat pemberian vaksin kepada semua penduduk dengan kadar yg segera. 


Kelmarin (4/8) JKNS telah menyuntik 46,840 dos vaksin. Setakat 4 Ogos, JKNS telah memberi / menyuntik 967,555 dos pertama vaksin dan 415,638 dos kedua, yakni 1,383,193 dos secara keseluruhan.


Seperti yang dinyatakan lebih awal JKNS ada keupayaan untuk memberi vaksin sehingga 60 ribu dos sehari dengan syarat bekalan vaksin yg diperlukan tersedia & tidak ada gangguan kpd jadual penghantaran ke Sabah.  Atas andaian bekalan vaksin yg mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yg cepat seperti sekarang. 


Ini bermakna 60% penduduk Sabah yg perlu divaksin boleh memperolehi vaksin penuh (dua dos) menjelang 21 September 2021.


Post a Comment

0 Comments