Ticker

6/recent/ticker-posts

SEMUA KEMATIAN DILUAR HOSPITAL DIKLASIFIKASIKAN COVID-19 SEHINGGA DIBUKTIKAN SEBALIKNYA - DS MASIDI MANJUN


Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, semua kematian luar hospital akan diklasifikasikan sebagai COVID-19 sehingga ujian PCR / RTK menunjukkan sebaliknya.


"Semua kematian di luar hospital harus dilaporkan ke balai polis dan pejabat kesihatan daerah terdekat.”


"Mayat harus dibawa ke bilik mayat hospital oleh anggota Kementerian Kesihatan dengan bantuan polis untuk ujian," katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa mereka yang diuji positif akan dikendalikan mengikut SOP.”


Bagi orang Islam, tempat pengebumian akan diputuskan oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam negeri sementara bagi agama lain, itu bergantung kepada pemimpin agama mereka.


Bagi mereka yang tidak beragama, mereka berada di bawah bidang kuasa ketua kampung masing-masing.


Masidi menambah bahawa pergerakan mayat ke daerah lain bergantung kepada pihak berkuasa kesihatan dan polis.


Post a Comment

0 Comments