Ticker

6/recent/ticker-posts

PKPD DI 5 LOKALITI DI TAWAU


PKPD DI 5 LOKALITI DAERAH TAWAU – KAMPUNG TG. BATU DARAT, TAMAN APAS PERMAI, BANDAR SRI INDAH (BSI), JALAN BUDI (SRI TANJUNG), TMN MEGAH JAYA (9 HINGGA 22 JUN 2021)


TAWAU; 7 JUN 2021 (Isnin) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan keatas lima Lokaliti di Tawau bermula 9 hingga 22 jun 2021.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes COVID-19 berlaku di kelima-lima lokaliti berkenaan termasuklah di Kampung Tanjung Batu Darat,Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya dan Jalan Budi (Sri Tanjung). 


Sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak 10 kes positif telah direkodkan di Kampung Tanjung Batu Darat, Taman Apas Permai (18 kes), Bandar Sri Indah (36 kes), Taman Megah Jaya (14 kes) dan 10 kes di Jalan Budi, Sri Tanjung.


Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lima lokaliti yang dinyatakan. 


Pelaksanaan PKPD adalah bagi menyekat pergerakan keluar masuk ke lokaliti-lokaliti lain. Ini sekaligus mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke komuniti lain.


SUMBER: FB TAWAU  FM


Post a Comment

0 Comments