Ticker

6/recent/ticker-posts

SURI RUMAH 71-TAHUN CETUS KLUSTER KG. BLOK 31 – AKTIVITI ZIARAH AIDILFITRI


TAWAU; 05 JUN 2021 (Sabtu) – Satu lagi kluster baharu dikenalpasti bagi daerah Tawau dikenali 'Kluster Kampung Blok 31' membabitkan aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan hari raya aidilfitri. 


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks bagi kluster tersebut merupakan seorang suri rumah berumur 71-tahun yang telah disahkan Positif COVID-19 melalui saringan Brought In Dead (BID) di Hospital Tawau pada 27 mei lepas. 


Katanya, susulan itu juga, saringan kontak rapat turut mendapati tiga lagi kes Positif pada 30 mei selain 21 kes baharu dikesan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31 kes kesemuanya. 


Sementara itu, aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.


SUMBER: FB TAWAU FM

Post a Comment

0 Comments