Satu kluster baru telah dikesan di Tawau pada hari ini. Kluster Jalan Budi bermula dari seorang perempuan warganegara Malaysia yang dilaporkan positif pada 2 Jun 2021 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.
Kes indeks mempunyai sejarah perjalanan dari Johor ke Tawau dan mula bergejala pada 30 Mei 2021. Sebanyak 21 saringan telah dilakukan dan 10 daripadanya didapati positif. MKN juga akan melaksanakan PKPD di kawasan Jalan Budi, Sri Tanjung.
0 Comments