Ticker

6/recent/ticker-posts

PKP DI SABAH AKAN DIBINCANG ISNIN

 

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya bagi mengekang penularan COVID-19 di Sabah akan dibentangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di Sabah kini bertukar menjadi Zon Merah.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan supaya mesyuarat jawatankuasa teknikal diadakan, dengan mengambil kira nasihat dan SOP bersesuaian daripada MKN serta KKM.

"Ada beza antara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadi kita kena lihat secara terperinci SOP kedua-duanya.

"Kalau nak kenakan PKP, SOP perlu diperkenalkan semula dan ia wajar diwartakan oleh Peguam Negara.

"Kalau kita sediakan SOP bagi PKP di Sabah, perlu dipertimbangkan sektor ekonomi, jadi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan diminta bersama MKN untuk lihat perkara ini secara terperinci," katanya pada sidang media khas, hari ini.

Ismail Sabri berkata., pengumuman lanjut berhubung SOP dan langkah kawalan semasa di Sabah akan diumumkan selepas sidang khas MKN, Isnin ini.

Bagaimanapun, katanya, keputusan kerajaan setakat ini kekal untuk Sabah dikenakan PKPB, seperti sembilan negeri lain di Malaysia.

"Jika ada apa-apa keputusan, kita akan umumkan," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments