Ticker

6/recent/ticker-posts

PPM RAMPAS 2,500 BUNGKUS ROKOK SELUDUP DI LAHAD DATU


LAHAD DATU; 9 NOVEMBER 2020 (Isnin) - Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya merampas 2-ribu 500-bungkus rokok seludup dan menahan seorang lelaki warga asing selepas melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam, Kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4, Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, rampasan rokok tanpa cukai itu dianggarkan bernilai 36-ribu 300-ringgit selepas cukai dan juga merupakan kejayaan hasil maklumat awam.

Ketika serbuan dijalankan, pemeriksaan mendapati beberapa beg plastik hitam berisi rokok jenama Premium International dijumpai di ruang penyimpanan barang (stor) di kawasan belakang rumah terbabit kira-kira pukul 11.30 pagi. 

Turut ditahan seorang lelaki, 47 tahun warga Filipina dan sebagai langkah awal Suspek berkenaan dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, kesemua barangan rampasan terbabit dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Superintendan Gan Ping Sin berkata, Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau 100-ribu ringgit (yang mana lebih tinggi) atau 500-ribu ringgit atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya lagi, pihak PPM menyarankan masyarakat yang tinggal di persisir pantai agar menyalurkan maklumat melalui whatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di nombor 013-2831197 atau berhubung ke Gerakan PPM Lahad Datu di talian 013-9808084 bagi memastikan tahap keselamatan masyarakat dapat dijaga dengan baik. 




#BESTAWAUfm

SUMBER: BES TAWAUfm

Post a Comment

0 Comments