Ticker

6/recent/ticker-posts

ESSCOM RAMPAS 12,200 BUNGKUS ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM152,288.00 DI TAWAU

TAWAU (7 NOVEMBER) - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sini telah berjaya merampas sebanyak 12,200 bungkus rokok seludup tanpa cukai dianggarkan bernilai RM 152,288.00 di kawasan Blok 5, kampung titingan, di sini semalam.


Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam satu kenyataan di sini berkata kejayaan ini merupakan hasil persefahaman dan kerjasama padu yang ditunjukkan oleh semua agensi keselamatan yang bertugas di OP Cegah Pati (OCP) SELATAN Laut dan Daratan yang diselaraskan oleh ESSCOM dalam usaha kita untuk memutuskan dan mengekang penularan pandemik COVID-19.

Beliau berkata bertindak atas maklumat berkaitan kemasukan rokok seludup tanpa cukai daripada Subpusop ESSCOM OCP Selatan kira-kira jam 9.35 malam, telah mengesan Contact Of Interest (COI) sebuah bot dari Pulau Sebatik menghala ke Kg. Titingan, Tawau.

"Sepasukan anggota yang terdiri daripada 9 anggota batalion 14 pasukan gerakan am (PGA), 9 anggota 9 rejimen renjer Diraja, 5 anggota unit risikan marin polis marin yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut".

"Setelah tiba di lokasi kejadian, terserempak dengan beberapa orang dalam keadaan mencurigakan di mana didapati 4 lelaki sedang leka memindahkan beberapa kotak yang disyaki rokok seludup tanpa cukai, dari sebuah bot ke kawasan lapang.

"Apabila anggota keselamatan bertindak mengejar kesemua lelaki berkenaan, namun hilang dalam kawasan gelap".

"Pemeriksaan lanjut mendapati, anggota kita menemui 19 kotak besar yang mengandungi dipercayai rokok seludup yang tidak dibayar cukai kastam'" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad fuad Berkata antara jenis rokok seludup yang berjaya dirampas termasuklah 800 bungkus rokok surya, 1,800 bungkus rokok nice (bold), 1,000 bungkus rokok LA Bold, 5,600 bungkus LA menthol light dan 3,000 bungkus rokok premium international gold.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada OCP Daratan sektor Selatan dengan kerjasama semua pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi ini sehingga berjaya menggagalkan dan mematahkan penyeludupan ini.

"Ini adalah kejayaan terbesar yang pernah dicatatkan oleh OCP Laut dan Daratan ESSCOM sejak mula diaktifkan pada awal bulan April yang lalu.

"Kesemua barang rampasan telah di bawa ke balai polis Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967",' katanya.

Beliau berkata ESSCOM dengan kerjasama semua agensi penguatkuasa dalam OCP Laut dan Daratan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan sentiasa memperkemas rondaan dan memperketatkan penguatkuasaan serta kawalan keselamatan di sempadan perairan laut dan daratan di daerah ini bagi mengekang kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan rokok serta barangan terkawal dan bersubsidi lain daripada cuba diseludup ke negara jiran.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad menyeru kepada semua penduduk khususnya komuniti maritim di kawasan pesisir pantai supaya sentiasa memberikan kerjasama dengan menjadi 'mata dan telinga' pasukan keselamatan dan melaporkan setiap aktiviti mencurigakan atau melanggar undang-undang negara kepada ESSCOM ditalian 089-863181 ataupun kepada balai-balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

"Komuniti maritim juga diingatkan supaya jangan bersubahat atau bersekongkol dengan tekong-tekong laut dan penyeludup yang cuba melanggar undang-undang negara dengan menyeludup masuk rokok yang tidak dibayar cukai kastam melalui lalun yang tidak diwartakan.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati ada dalam kalangan komuniti yang bersubahat dan melindungi penyeludup termasuk bersekongkol dengan tekong-tekong darat dan laut", katanya.


SUMBER: FACEBOOK ESSCOM

Post a Comment

0 Comments