Ticker

6/recent/ticker-posts

LANJUTAN MORATORIUM DIKETAHUI JUMAAT INI

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan moratorium atau tidak akan diketahui Jumaat ini.



Demikian kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri.

"Pada Jumaat ini kita ada pembentangan Belanjawan 2021, jadi untuk mengetahui sama ada inisiatif itu dilaksanakan kena tunggu Jumaat ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, Abd Rahim (Bersatu - Kudat) ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH - Pulai) berhubung pemberian projek runding terus melalui Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan ketika pandemik COVID-19 memberitahu, beliau tidak mempunyai sebagai maklumat mengenai perkara itu.

"Dalam pakej yang dilaksanakan itu, saya tidak ada maklumat adakah ia diberi secara runding terus," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan menjangkakan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan berkembang sebanyak 5.5 peratus sehingga 5.8 peratus pada tahun 2021.

"Terdapat petunjuk pada pertama suku pertama KDNK catat pertumbuhan sebanyak 0.7 peratus manakala suku kedua telah menguncup 17.1 peratus berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Namun pertumbuhan bulanan KDNK menunjukkan trend pemulihan daripada -28.6 peratus pada April kepada -19.5 peratus pada Mei dan -3.2 peratus pada Jun," jelasnya.

SUMBER: ASTRO AWANI ONLINE

Post a Comment

0 Comments