Ticker

6/recent/ticker-posts

91 KES POSITIF COVID-19 DIKESAN DARIPADA SARINGAN PENIAGA PASAR TANJUNG DAN PASAR IKAN

 INFO BES TAWAUfm 

91 KES POSITIF DI PASAR TANJUNG DAN PASAR IKAN, DIBUKA SEMULA SELEPAS HAMPIR SEBULAN DI TUTUP 


TAWAU; 03 NOVEMBER 2020 (Selasa) - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 91 kes Positif COVID-19 di kalangan peniaga, pembantu peniaga, pekerja dan mereka yang ada hubungan langsung (kontak rapat) seperti pembekal di Pasar Tanjung dan Pasar Ikan sepanjang oktober lepas sehingga hari ini. 

Kes Positif COVID-19 di dua pasar berkenaan direkodkan dibawah Kluster Tanah Merah dan KKM telah menjalankan saringan keatas 459 individu dikalangan peniaga dan kontak rapat. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 68 kes Positif dikesan dikalangan peniaga dan kontak rapat di Pasar Tanjung, manakala 23 kes merupakan peniaga dan kontak rapat di Pasar Ikan. 

Kesemua peniaga di dua pasar tersebut yang didapati Positif COVID-19 telah menjalani rawatan di Hospital Tawau.

Sehubungan itu, selepas kedua-dua pasar berkenaan di sanitasi dan nyahkuman, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akan membuka semula Pasar Tanjung dan Pasar Ikan pada esok (04 November 2020), rabu dan waktu operasi bermula jam 6 pagi hingga 2 petang, setiap hari.

Menerusi pengumuman itu, PBT hanya membenarkan peniaga-peniaga yang sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan telah mendapat keputusan saringan serta mendapat kebenaran MPT sahaja yang dibenarkan untuk berniaga di kedua-dua pasar terbabit.

Sekiranya terdapat peniaga yang belum membuat saringan COVID-19 hendaklah merujuk Pejabat Kesihatan Tawau secepat mungkin, ianya penting bagi mengesan mereka yang tidak bergejala tetapi telah dijangkiti dan akan menjadi punca jangkitan merebak di kalangan masyarakat.

PBT turut menasihatkan pengunjung agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuklah pemakaian pelitup separuh muka, menggunakan hand sanitizer serta menjaga jarak fizikal.

Sementara itu, Tinjauan RTM di Pasar Tanjung pada awal oktober lepas mendapati terdapat laluan pejalan kaki di lorong antara satu-satu gerai digunakan sebagai tempat penyimpanan barang jualan menyebabkan laluan menjadi sempit dan jarak sosial satu meter tidak dapat dipatuhi seperti disarankan KKM. 

Faktor tersebut dilihat ada kemungkinan punca jumlah jangkitan COVID-19 di dalam pasar berkenaan tinggi. 

Daripada kes-kes Positif COVID-19 di Pasar Tanjung juga menunjukkan hampir semua bahagian atau jenis jualan terdapat kes Positif, sekaligus menunjukkan penularan COVID-19 berlaku di keseluruhan ruang pasar berkenaan.  

Sehingga kini, Jumlah kes Positif dari Kluster Tanah Merah merekodkan jumlah kes sebanyak 98 kes.




#BESTAWAUfm

SUMBER: BES TAWAUfm

Post a Comment

0 Comments