Ticker

6/recent/ticker-posts

104 KES POSITIF COVID-19 DARI KLUSTER PTS TAWAU (KLUSTER BAHARU)

TAWAU; 03 NOVEMBER 2020 (Selasa) - Pertambahan kes baharu sebanyak 138 kes di daerah Tawau turut membabitkan kes Positif dari kluster baharu iaitu Kluster PTS Tawau dengan pertambahan 42 kes baharu, semalam. 



Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang medianya semalam, kluster berkenaan membabitkan tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Tawau.

Katanya, kluster berkenaan berpunca dari kes indeks bagi qkes ke 15,423 yang dikenal pasti Positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 oktober lepas. 

Dalam pada itu, saringan kontak rapat dari kluster itu mengesan 103 lagi individu didapati Positif menjadikan jumlah keseluruhan dari Kluster PTS Tawau berjumlah 104 kes. 

Katanya, kesemua kes Positif berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. 

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan saringan keatas 1,671 individu setakat semalam dengan 1,567 individu masih menunggu keputusan saringan. 

Sementara itu, pertambahan kes baharu Positif COVID-19 membabitkan daerah Tawau sebanyak 79 kes dikesan dari saringan kontak rapat kes-kes Positif, tujuh kes dikesan dari saringan komuniti dan empat kes dikesan keatas individu disaring bergejala dan masing-masing dua kes bagi saringan semasa saringan kendiri, saringan sebelum prosedur ke Hospital dan Kluster Tanamerah. 

Daerah Tawau yang berada di Zon Merah merekodkan sebanyak 2,887 kes dengan terdapat 1,265 kes aktif yang masih dirawat. 




SUMBER: BES TAWAUfm

Post a Comment

0 Comments