Ticker

6/recent/ticker-posts

BILANGAN AHLI JEMAAH SOLAT 5 WAKTU DAN SOLAT JUMAAT DITAMBAH


Bermula 5 Jun 2020, bilangan ahli jemaah untuk solat berjemaah 5 waktu dan solat jumaat telah ditambah. Untuk ahli jemaah solat 5 waktu, bilangan jemaah ditambayh kepada 12 orang manakala untuk solat jumaat, bilangan jemaah ditambah kepada 40 orang. Bilangan jemaah ini adalah termasuk AJK masjid, Imam dan Khatib.



Pihak AJK masjid akan menentukan ahli jumaat terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan dan perselisihan faham kerana melibatkan orang awam. 

Segala SOP berkaitan hendaklah dipatuhi seperti merekodkan suhu badan jemaah, menyediakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer), penjarakkan sosial serta memakai pelitup muka ketika menunaikan solat.

Namun beigut, jemaah yang berusia 70 tahun keatas serta mereka yang mempunya gejala seperti demam, batuk dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.





Post a Comment

0 Comments