Berdasarkan sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Berita Harian Online melaporkan mengenai perkembangan semasa kes COVID-19, menyaksikan Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian jangkitan wabak itu yang dikesan menyusup masuk ke negara ini pada Januari lalu.
Selain itu, ianya juga disokong berdasarkan jumlah kes positif yang semakin menyusut, selain tiada kematian direkodkan untuk hari kelapan berturut-turut.
"Menerusi saringan yang kita jalankan juga mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif atau hampir 95 peratus ketika ini, manakala positif adalah tidak ramai berbanding dulu.
"Ia tampak seperti kita hampir boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini, mungkin kita hanya perlukan sedikit masa saja lagi," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.
0 Comments