Ticker

6/recent/ticker-posts

TERKINI: PENERBANGAN DARIPADA SEMENANJUNG KE SABAH BERMULA ESOK DIBATALKAN


Kami menerima maklumat awal daripada beberapa laman Facebook Universiti Tempatan memaklumkan  semua penerbangan ke Sabah bermula esok DIBATALKAN serta merta atas arahan KPT. Ini disebabkan kekangan di pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berkaitan dgn kesediaan Pusat Kuarantin.

Setakat ini, info rasmi dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).



Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Majlis Perwakilan Pelajar mereka juga telah mengeluarkan kenyataan dan memo yang sama.



Kami masih menunggu kenyataan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk maklumat selanjutnya. Diharap mereka yang terlibat dapat bersabar dan semoga ada penyelesaian yang baik untuk semua.

KEMASKINI 4.00 PAGI 18 MEI 2020

Berdasarkan kenyataan media oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang dikeluarkan pada 12.28 pagi 18 Mei 2020, JKNS mengesahkan menerima pertanyaan mengenai maklumat pembatalan penerbangan. Untuk makluman, pihak JKNS memohon penjadualan semula beberapa penerbangan sewaan khas untuk pelajar IPT yang balik Sabah.


Akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Post a Comment

0 Comments