Seperti mana yang kita ketahui, salah satu sektor yang terjejas ketika krisis COVID-19 ini adalah sektor pelancongan. Sabah Parks adalah badan utama yang menguruskan kawasan rekreasi dan pelancongan yang telah diwartakan dibawah Taman Taman Sabah.
Selepas dua bulan tidak beroperasi dan ditutup, hari ini 16 Mei 2020 Taman Bukit Tawau atau lebih mesra di kenali sebagai "Taman Table" dibuka kembali. Menurut Pengarah Sabah Parks Dr Maklarin Lakim, Pembukaan Taman Bukit Tawau akan diselaraskan dengan SOP pengoperasian COID-19 yang mana akan memastikan penjarakkan sosial dipatuhi. Selain itu, hanya 100 orang sahaja dibenarkan berada dikawasan Taman Bukit Tawau pada satu-satu masa.
Sebelum itu, pengurusan Taman Bukit Tawau telah menjalankan sanitasi awam di sekitar kawasan Taman Bukit Tawau dan juga simulasi pembukaan dan pengoperasian yang akan mematuhi penjarakkan sosial.
Berdasarkan gambar, dapat dilihat suhu badan dan maklumat peribadi pengunjung Taman Bukit Tawau di ambil pada pintu masuk utama.
Sekiranya anda datang dan beriadah disini selepas hari raya nanti, pastikan anda juga menjaga penjarakkan sosial dan membawa cecair pencuci tangan atau hand sanitizer sendiri. Elakkan juga membawa bayi, kanak-kanak dan orang tua kerana mereka adalah golongan yang berisiko tinggi.
Jadi, adakah anda akan datang beriadah ke sini di waktu terdekat?
0 Comments