Ticker

6/recent/ticker-posts

APLIKASI 'SABAH TRACE' DILANCARKAN


Kerajaan Negeri Sabah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Sabah COVID-19 Command Centre telah melancarkan aplikasi 'Sabah Trace'.

Aplikasi ini akan digunakan oleh Kementerian / Jabatan /Agensi Kerajaan dan pengusaha dalam semua sektor industri dan aktiviti perniagaan di Sabah.

Pengguna hanya perlu mendaftar pada laman web https://sabahtrace.my untuk mendapatkan QR ID Entry dan seterusnya mencetak QR Code Sheet untuk di pamerkan di ruang pintu masuk utama premis masing-masing.

Pekerja dan pengunjung hanya perlu mengimbas QR Code untuk mendaftarkan nama mereka dalam sistem sebelum memasuki premis perniagaan.

Ianya diharap dapat melancarkan lagi urusan perniagaan dan mengelakkan penularan COVID-19 melalui pen dan buku log seperti yang menjadi kerisauan warga negeri ini.



Post a Comment

0 Comments