Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGUSAHA BAS MINI SELURUH SANDAKAN HENTIKAN OPERASI

Berdasarkan satu hantaran di laman Facebook SANDAKANKINI VIRAL, perbincangan antara pengusaha Bas Mini Seluruh Sandakan bersama Pengerusi mereka mengenai situasi tambang bas dan juga jumlah penumpang telah mencapai satu keputusan untuk menghentikan operasi sehingga satu kata sepakat dari kerajaan Negeri untuk yang berbangkit.

Hal yang berbangkit yang dimaksudkan adalah kenaikan harga tambang kerana bas beroperasi atas kapasiti separuh penumpang sahaja berikutan SOP berkaitan pengoperasian kenderaan awam.

Sebelum itu, tular apabila ada laporan daripada penumpang dan warga mengenai kenaikan dan pihak pemandu bas terpaksa berulang alik ke balai dan ini menyusahkan mereka.  

Diharap satu kata sepakat dapat dicapai.

Gambar oleh Ijim Rizmil / Facebook SANDAKANKINI VIRAL

Post a Comment

0 Comments